Monday 23 May 2011

~dkm the GeLonG~


korang...dkm adalah terbaekk...susah senang kita suma tetap bersatu....hoho...kalo nak twu...ad mamat sowang dlm ny ak syg bangat sama dya...unttongg ar spe dpt dyee....caring...tp penakot...heheh....dia adalah terbaik.....bnyak pahit manis ak ngan kelas ny....ad kwn ad ehem2...haha....just joking....first time ak msok klz ny ak xske sgt insan hat dok depan2 ny....amirul,tony,haziq....haha..last2 depa la umpama abg kepada ak...nasihat xkira tempat.....kwn bek ak ilham.pikah,wani...and the most my bff i love is nazirah nasir...she always be my bff....:)...kami pnya PA pak amin...cute teeth...i love pak amin coz dye sempoi...hahaha...t la...ad story about my class i always akn update...byee~

Monday 9 May 2011

Aku Bukannya Malaikat

Bukankah kita ini manusia biasa sahaja?
Manusia biasa.
M.a.n.u.s.i.a.
Bila dikatakan manusia, maka ia akan penuh dengan :
1) Kelemahan
2) Perasaan
3) kealpaan.
Kerana itu ia berbeza dengan malaikat.
Malaikat tiada perasaan. Malaikat tiada belas kasihan.Dan malaikat itu tidak lemah.
Pernah aku terasa down apabila seorang anak usrah aku, jatuh hormat padaku hanya kerana aku suka menyanyi di rumah. Mungkin gambaran kakak naqibah pada dirinya adalah akak yang sangat 'tsiqah' dan penuh kenaqibahan.
Pernah juga kebanyakan dari akhawat geram, mengapa ikhwah selalu memilih akhawat yang comel-comel dan cantik-cantik sebagai calon isterinya.
Pernah juga kita sendiri jatuh perasaan hormat kita pada seorang murabbi ataupun ustaz, hanya satu atau dua kesalahan kecilnya pada kita.
Atau kita menghukum manusia-manusia yang tidak sebulu dengan kita dikalangan ikhwah akhawat.
Bila kita lihat seorang itu syadid, kita mengatakan itu dan ini. Bila melihat ikhwah akhwat kita terlalu bermudah-mudahan, kita kata itu dan ini. ( seolah-olahnya kita selalu sahaja yang sempurna!)
Ataupun kita langsung tak respect pada ikwah akhwat kita yang tak membawa usrah. Ataupun tidak aktif di medan lapangan dakwah. malah kita selalu mengungkit-ngungkit kisah silam:
'dahulu, punyalah aktif, sekarang senyap sahaja!'
tanpa kita meneliti masalahnya, memuhasabah dirinya dan membantunya membaiki keadaan yang ada.
Sehinggakan kita sendiri lupa, yang kita sendiri adalah manusia. Kita sendiri lupa, di saat kita sendiri berbuat kesalahan, kita menjadi down dan sangat lemah, kerana kita berbuat kesalahan yang sama, kesalahan yang pernah kita sendiri teguri satu masa dahulu.
Surah at-tahrim, menunjukkan betapa manusianya seorang rasul bernama Muhammad. Menunjukkan baginda sendiri terpegun dengan kecantikan Zainab. Pernah dahulu saya amat jengkil melihat borang-borang ikhwah yang diberikan oleh mutarabbi saya untuk disemak mereka. Ternyata kebanyakkannya meletakkan ciri fizikal, kriteria utama dalam pemilihan.
Namun , apabila fasa telah berlalu. Pengalaman sendiri dilalui, ternyata bahawa kemanusiaan manusia itu tidak salah. Itu sebahagian dari fitrah manusia. Dan bagaimana islam tidak memenjarakan fitrah itu, tetapi memandunya menjadi manusia dan makhluk yang lebih hebat dari malaikat.
Dalam surah itu sendiri, Allah menceritakan betapa Rasulullah juga kecil hati dengan tindakan aisyah dan hafsah yang mahu 'mengkenakan' baginda.
Kalau kita fikirkan,
' helllo???? Rasulullah kot?? takkanlah nak terasa hati dan sensitif dengan isteri dia? kenalah toughkan?'
Kerana Rasulullah itu adalah manusia.
Dan kita pelik dan terkejut, manusia paling dekat dengan Nabi, Aisyah dan Hafsa, periwayat hadis, sebaik-baik wanita di zaman itu, boleh ada perasaan cemburu, ada perasaan nak'mengenakan' madu dia.
dan kita berfikir: ' hellloooo? aisyah dan hafsah kot??? takkanlah nak jeles??? tolonglah! dahlah jadi isteri rasulullah kan?Takkanlah nak kenakan madu dia sendirikan?'
tapi itulah dia manusia. Manusianya isteri rasulullah.
Sebulan peristiwa itu berlaku sebelum Allah datangkan jawapannya.Menegur Rasulullah. Menegur Aisyah dan Hafsah. Dan Allah mengampuni dosa mereka.
Mereka berdua berpakat untuk menjauhkan rasulullah dari zainab. Kerana cemburunya mereka pada zainab. Satu hari bila rasulullah pulang pada mereka, mereka kata pada rasulullah: Bau mulutmu macam maghafir ( bau getah yang busuk)' . Sedangkan ketika itu rasulullah baru sahaja makan madu di rumah zainab. Sedangkan Rasulullah sangat sukakan madu.
Di tika itu, Rasulullah terus katakan pada mereka: 'aku haramkan madu untuk diriku!'
Sehinggalah Allah turunkan surah at-tahrim dan juga menegur Aisyah dan Hafsah. Peristiwa kegoncangan rumah tangga rasulullah ini sangat besar, sehinggakan dikatakan kepada Umar, ini adalah lebih besar dari malapetaka datanganya tentera Ghassan ke Madinah. Menunjukkan impak yang besar, akan sekecil-kecil benda yang berlaku dalam rumah tangga Rasulullah.
Kerana itu, daie ataupun mana-mana murabbi, mereka itu bukanlah malaikat.
Apabila kita menerima manusia lain sebagai manusia, manusia akan terima kita sebagai manusia juga.
Apabila kita memaafkan kekhilafan kecil murabbi atau ikhwah/akhwat kita, maka orang lain akan memaafkan kekhilafan kita.
Kekhilafan adalah untuk dibetulkan, bukan untuk dibenci dan dikutuk-kutuk dijauhi.
There is always a second chance.
Masih ada peluang untuk membaiki keadaan.
Selepas mendung, pasti adanya mentari,
Selepas hujan, pasti adanya pelangi
Selepas ujian, pastinya ada kebahagiaan.
Takkan selamanya manusia itu berada dalam kesalahan yang sama.Begitulah juga dengan kita.
Berimbanglah dengan tajarudnya kita pada Islam, dengan insaniyahnya manusia.
Manusia ada perasaan. Manusia ada kekurangan. We can never be perfect.
Jangan takut bila ada kelemahan yang kita miliki menyebabkan orang membenci kita. kerana kita masih belajar, dan akan terus belajar. kita akan terus membaiki diri kita sendiri.
Begitu juga, apabila melihat kelemahan orang yang kita hormati, maafkanlah dia, dan baikilah keadaan dia.
Bukankah Islam itu bersifat seimbang? Tajarud tidak bemakna menolak kemanusiaan manusia.
Namun bermudah-mudahan dalam perkara-perkara kemanusian tidak patut menjadi alasan untuk kita tidak tajarud.
Berimbanglah.
' I tak suka bila orang ada high expectation, we can never be ourselves' pernah aku mengadu pada mutarabbiku,za.
' Sebab itulah kak, kita buat kerana Allah, bukan kerana manusiakan?'
Sejak dari itu, kurang sedikit tekananku untuk menjadi diriku sendiri dihadapan mereka yang mengenali diriku.
Kerana kita buat semua perkara kerana Allah. BUKAN UNTUK MEMENUHI EXPECTATIONMANUSIA.
Jadilah manusia, dan hargailah manusia itu.
Dan ternyata, kehidupan Rasulullah, contoh seorang manusia yang tajarud, merupakan cerminan terindah buat kita.
Kerana kita, selamanya takkan menjadi seperti malaikat

Bila cinta itu hadir..raih la dgn kedua dua tangan mu...hihi ♥♥♥

sebenarnya perjalanan itu melukakan diriku,
sememang tekanan itu lumrah bg insan yg berani,
damai nun dicelah mentari kerana kau yg mengajar
aku menjadi lebih berani~~ 



~ i swear to you on everthing i am and i dedicate to you 
   all that i have and i promise you that i will stand right 
   by your side forever and alway until the day i die ~




"Cintailah seseorang itu atas dasar siape dia sekarang dan 
bukan siapa dia sebelumnya” “Kisah silam tidak perlu 
diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya 
setulus hati” ♥




~Apakah yg ade pd nama kalau tak seindah namanya,
Apa yg ade pada rupa kalau tak secntk budi pekertinya,
apalah yg ada pada jiwa kalu tak semuRni rohaninya 
apalah ada pada insan kalau miskin segala-galanya~~




jika ♥ sesorg tinggalkan sdikit benci utknye,
jika bencikan sesorg tinggalkan sdikit ♥ untuknnyer, 
krn mungkin anda akan ♥ pd org yg anda bnci dan
anda benci org yg anda ♥ ~~





Cinta lahirnya tiada dipinta Wujudnya terkadang sukar 
diduga Hadirnya membawa seribu makna Bagi insan 
yang tahu menghargainya....'' '' Ya Allah jagalah cintaku 
ini Agar ia terus tetap dijalan yang Engkau redhai....''




‎~ kebahagiaan umpama mengutip bola kaca yang 
pecah bederai dilantai, setiap org pasti perlu mengutipnyer ,
tiada siapa yang dapat mengutip kesemua serpihan kaca itu ,
dan semasa mengutip pasti ader yang terluka~







banyak lagi...penat pulak aku nak taip...aduhhh...member aku ni otai...
tp dalamnya....perhhhh.......dia gelarkan dirinya 'nUrHearT'.....


aku kalau bab bab nak karang ayat jenis mcm ni mmg fail la....
sbb aku ni ganas....hehehe.......aku selalu ckp dekat mat...

'lu sayang wa tak? sebab apa? bg seploh sebab!....' hahaha.....








keta kata: walau wa ganas..tp wa suka nangis...hehehe...